nothing gona change..

nothing gona change..

Saturday, January 22, 2011

Penipuan Yang Tidak Disangka (chapter 1)

Aku telah melakukan kesalahan yang paling besar dalam hidup ku ini,kerana telah jatuh cinta pada seorang gadis yang amat menarik hati ku ini.pada luarannya gadis itu memiliki sifat yang amat sempurna untuk aku jadikan kekasih ku,tetapi aku patut menyedari bahawa aku tidak layak untuk mencintainya kerana diri ku ini tidaklah sekacak dan sepintar yang dimiliki oleh lelaki yang kau idam-idamkan itu,kalau kau tahu dari dulu lagi tidak boleh menerima diri ku seadanya,kenapa kau melayan aku seolah-olah kau berminat atau suka akan diri ku..kalau ia cuma sekadar untuk melukakan hati ku...lebih baik kau jangan berkenalan atau mengenali diri ku ini..mungkin ini juga adalah salah aku kerana cuba untuk mendekati diri mu..kau terlalu sempurna untuk aku miliki..

Kau melayan ku dengan begitu mesra sekali, ia adalah perasaan yang cukup indah yang penah aku alami dalam hidup ku ini. Aku merasakan akulah lelaki yang paling bahagia didalam planet ini...Perasaan ini juga telah memberikan aku merasa bagaimana rasanya bila dimanjakan oleh seorang gadis yang kita sayangi..Sayangnya ia cuma lakonan semata-mata..selepas aku menyedari kau telah bercinta dengan sahabat baik ku,tanpa kau memberi tahu ku yang kau telah bercinta dengannya,kau mengatakan bahawa kau takut hendak memberitahu ku....apa maknanya yang kau takut hendak memberitahu ku???..lagi pun kau telah memberitahu pada ku bahawa yang kau cuma mahu berkawan dengannya dan tak lebih dari itu......

Kau telah jatuh cinta pada sahabat baik ku..ini mungkin bukan salah kau,kerana aku telah mendengar berita dari angin bahawa sahabat baik ku telah menikam aku dari belakang...sungguh tidak ku sangka musuh yang selama ini ku cari rupa-rupanya berada didalam selimut ku sendiri..rakan baik ku pernah berkata pada ku bahawa dia tidak menyukai kau dan dia menyerahkan kau pada ku...tetapi itu cuma kata-kata orang yang bermulut manis seperti gula yang masih penuh didalam guni.....wahai wanita yang ku cintai..selama ini di mata aku cuma kau...didalam hati aku cuma kau.....kau telah memberitahu bahawa kau telah jatuh cinta padanya..aku sungguh kecewa..aku terkedu buat seketika..jari-jari tangan aku menjadi kaku dan sukar untuk membalas semula pesanan ringkas yang kau hantarkan pada ku....Pada malam kau memberi tahu ku tentang cinta kau padanya,,,aku tidak dapat menerima berita yang sangat pedih dan menusuk lubuk hati ku yang sungguh ikhlas mencintai mu...Tanpa ku sedar,air mata ku jatuh berlinangan bagaikan hujan yang jatuh ke bumi...skrin telefon bimbit ku basah akibat air mata ku yang jatuh keatasnya..melihat pesanan ringkas yang kau hantar pada ku.. air mata ku tidak dapat berhenti..telah ku pesan pada hati ku supaya menghentikan air mata ku ini...tapi ia masih tidak dapat berhenti..seolah-olah ia menolak arahan ku...sungguh pilu perasaan ku pada malam itu.......

Aku tidak dapat tidur aku menangis dan terus menangis...Tangisan ku yang tiada lagunya...Aku bercadang hendak menamatkan riwayat hidup ku...sebab aku fikir aku tidak dapat hidup tanpanya..selepas berkali-kali aku berfikir...aku rasa ia satu tindakan yang paling bodoh dan tidak munasabah..Bila dikenang kembali,aku sanggup lakukan apa saja,asal kan dapat buat kau rasa seronok..aku hanya mahu melihat kau selalu senyum...biar pun aku yang terluka...aku sanggup korbankan demam aku datang berjumpa kau...kau pernah memberitahu ku bahawa kau amat meminati kucing..aku pun beli satu patung yang berbentuk kucing dan ingin memberikan pada kau...dalam keadaan aku demam panas,aku tetap pergi berjumpa dengannya..kerana..kau berkata padaku yang kau akan mengikuti perkhemahan sekolah selama seminggu..aku takut tidak dapat berjumpa dengan kau..dan aku harap kau tidak pernah lupa pada ku..sebab itulah aku menghadiahkan patung itu walau pun keadaan badan ku tidak mengizinkan..tapi aku lupakan tentang demam ku itu..dan terus pergi berjumpa kau..Walau pun pada riak wajah kau kelihatan gembira tetapi.......

Walaupun dari riak wajah mu kelihatan gembira tetapi aku tidak tahu apa yang berkata didalam hati mu..mungkin kau tidak suka pada pemberian ku itu..sayangnya aku tidak tahu apa yang kau fikirkan..,alangkah bagusnya kalau aku dapat mendengar apa yang kau fikirkan...wahai wanita yang ku cintai adakah kau sedar tentang cinta tulus dan ikhlas aku ini...pada suatu hari..aku mencuba sama ada kau dapat terima diri ku ini seadanya atau pun tidak..lalu aku bertanya..sudikah kau menjadi teman wanita ku..lalu kau berkata..yang kau tidak berminat hendak bercinta dan kau hendak menumpukan pada pelajaran..aku pun mendiamkan diri..tapi,yang tidak ku sangka kata-kata kau itu cuma untuk menipu aku..kau kata pada ku bahawa kau tidak sanggup untuk menyimpan rahsia yang kau telah mempunyai teman lelaki,teman lelaki kau yang takguna kerana sanggup menipu aku..selama ini di mata kau cuma dia bukan aku..di hati kau cuma dia bukan aku...apa yang kita lakukan selama ini tidak penah kau ingat,munkin kerana kita tidak banyak kenagan bersama...tapi aku tidak pernah minta banyak...aku cuma minta cinta...cinta sejati...cinta yang sepatutnya membahagiakan...cinta kau mungkin membahagiakan tapi cinta aku penuh dengan penderitaan dan kepahitan yang amat memilukan..sewaktu aku dalam kesedihan yang amat memeritkan..aku berharap agar kau berada disisiku..tapi apa kan daya..aku menanggung kesedihan ini seorang diri..cuma bertemankan air mata..setiap kali aku menatap gambar kau..air mata ku akan mengalir...sungguh sebak dan pilunya hati ku ini.... 

Kau seorang wanita yang tidak memahami perasaan ku yang sekarang ini..hilang arah tujuan,hanya duduk keseoranggan...Kau telah mengajar aku erti kebahagiaan dan kau juga yang telah mengajar aku erti derita yang amat mendalam..Kini aku tahu apa perasaan cinta yang tak berbalas..Mungkin aku sampai bila-bila aku akan mencintai mu dan membenci mu..Mungkin aku patut melupakan mu..Aku akan cuba mencari orang yang faham tentang hati ku yang rapuh ini..Kau akan ku lupakan.......

bersambung....

3 comments: